Matari Welcome

Selamat Datang di Matari sehati Yogyakarta

Ibu diperkosa selepas pesta tuak

12.42 Posted In , Edit This 0 Comments »
by. Johary Indan (Kontributor Harian Online Malaysia)

TUARAN: Majlis minum tuak atau aramaiti dalam bahasa Kadazandusun yang dianjurkan seorang ibu tunggal di sebuah kampung dekat sini kelmarin, bertukar tragedi apabila dirogol seorang daripada tetamunya selepas mabuk kerana terlalu banyak minum minuman itu.

Mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai dibawa ke dalam biliknya dan dirogol lelaki berumur 30-an itu tanpa disedari tetamu lain yang kebanyakan mereka adalah jirannya kerana dipercayai terlalu khayal dan mabuk. Kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam ketika tetamu sedang berhibur dan menari. Lelaki berkenaan dijemput datang dan terpaksa berjalan kaki kira-kira setengah jam melalui denai hutan untuk ke rumah di Kampung Rungus Nabaha itu.

Kampung berkenaan terletak kira-kira 80 kilometer dari pekan ini dan hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda berikutan ketiadaan jalan berturap. Tiga anak mangsa yang berusia lapan hingga 11 tahun dipercayai sedang tidur ketika ibu mereka, jiran dan lelaki terbabit menikmati minuman berkenaan dengan cara meneguknya daripada dalam pasu menggunakan buluh kecil.

Sambil minum, mereka dipercayai menyanyi dan menari untuk menghiburkan hati kerana ketiadaan hiburan lain di kampung yang tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik itu. Akibat terlalu asyik menikmati minuman berkenaan, mangsa dipercayai khayal dan dibawa masuk dalam bilik oleh lelaki terbabit lalu dirogol. Mangsa hanya menyedari dirogol selepas tersedar daripada tidur pada awal pagi, lalu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Suhaimi Wiro yang mengesahkan kejadian, berkata polis melancarkan gerakan memburu lelaki yang bekerja sebagai petani itu dan berjaya menahannya di kampung berkenaan, petang semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. Jika sabit kesalahan, lelaki terbabit boleh dipenjara 20 tahun dengan sebatan. Lelaki terbabit ditahan reman seminggu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ) bagi membantu siasatan.

0 comments:

Matari Facebook

Profil Facebook Matari Sehati Yogyakarta

Matari Search

Custom Search